Followers

Tuesday 8 October 2013

Salah nombor ni mak cik!

Assalamualaikum w.b.t..
dari tajuk tu pun macam dah dapat tangkap apa cerita dia kan...haha so today nak share 1 cerita about me and my old number...sebenarnya cerita ni dari saya belum kawin lagi dah berlaku hinggalah sekarang ni, dah ada anak 2 orang dah..


kisahnya begini..dulu masa belum kawin lagi....kalau nak cerita pasal orang salah call nombor phone kita tu rasa2nya biasalah kan..semua orang pon berlaku jugak kot benda yang sama kan..same here! sebenarnya ada seorang makcik ni yg pada mulanya memang tak tahu asal mana...tapi selalu sangat terdial number phone saya...bila call ja mesti cakap..."KAMARUL" so saya cakap ni bukan kamarul makcik, ni shafeeq... "Oo ye ke, salah nombor la ni" kata makcik tu tadi..
sooo day by day pon kadang2 ada jugak terima panggilan lagi dari makcik ni tadi...tapi SEMALAM...makcik ni tadi TERtekan lagi nombor phone saya...so saya ambik peluang bercakap lama sikit ngan makcik tu..

 "Assalamualaikum makcik, saya ingat lagi makcik ni, dari saya belum kawin lagi sampai sekarang ni makcik mesti tertekan nombor saya" kata saya...

so makcik ni pon jawab "laaa salah nombor ya...makcik rasa makcik dah tekan betul dah (dia call kali ke 3..haha )...makcik dah dial betul dah tapi dapat ke kamu ya"

kata saya "ya makcik, siapa kamarul tu"

makcik tu jawab "kamarul tu anak bongsu makcik, acik ni ada 2 orang anak ja, abang dia sorang dan dia nombor dua..bongsu, kamu ni duduk mana? makcik ni orang jengka, pahang. nak cakap ngan anak makcik tu, tadi dia balik, tinggalkan bag baju dia, tapi entah mana dia tak balik2 lagi, dan senja dah ni"

kata saya "Ooo anak makcik ke, saya duduk selangor, makcik nak saya call kan anak makcik ke?"

makcik ni jawab "laaa sampai ke selangor makcik salah nombor, tak pe la nak, nanti marah pulak anak makcik ni nyusahkan orang lain ja nak call dia, makcik ni sebenarnya pakcik kamu baru ja meninggal dunia, jadi makcik ni tinggal sorang, takut juga sebenarnya jadi makcik call la si kamarul ni, balik tadi dia tinggalkan bag baju dia tapi sampai sekarang ni tak balik-balik, makcik tak ada teman, makcik minta maaflah menyusahkan kamu ja, baik ja kamu layan orang tua macam makcik ni"

kata saya "Innalillah..ye ke makcik, xpelah kalau macam tu"

so saya minta makcik ni tadi bacakan nombor anak dia balik, nombor lebih kurang sama macam nombor saya ja so saya minta makcik ni dial balik nombor ni, saya kata InshaaAllah makcik dapat callnya anak makcik lepas ni, minta Allah permudahkan (sambil doa dalam hati supaya Allah memudahkan urusan makcik ni tadi) kesian pun ada, sedih pun ada...suami baru ja meninggal, hanya mengharapkan belas kasihan anak untuk menjaga sisa hidup dia yang masih tertinggal..rasa insaf pun ada...apalah nasib kita nanti dikemudian hari..

saya doakan semoga makcik ni tadi sihat2 sahaja dan sentiasa dirahmati dan sentiasa berada didalam lindunganNYA...ameenn

thats all for now (^___^)v

No comments:

Post a Comment