Followers

Wednesday 25 September 2013

Thailand Trip (Krabi~Ao nang~Phuket) Day 3

Assalamualaikum w.b.t..
day 3, pagi-pagi lagi dah bangun awal, solat, mandi dan bersiap untuk aktiviti harini...untuk hari ke tiga ni kami belum ambik dan buat apa2 plan lagi, so tak pe la kan...lepas dah siap2 terus turun ke lobby, sekali lagi ambik gambar dan berposing dulu 2 3 shoot barulah keluar dari hotel, at first nak cari tempat makan dulu, tapi masa nak keluar dari pagar tune ni ada seorang pakcik ni approach kami...nampak macam orang melayu, tapi bila dah berborak (bahasa ayam vs itik) barulah tau dia ni asal thailand dan tak boleh cakap melayu pon...tapi nasib baik boleh cakap english sikit2..dia bgtau kami kalau2 kami nak jalan tour one day dengan dia with payment 200 baht per person so Rm20 seorang..full day tau..so kami pun ambik jugak lah dengan dia, tak tahu lah murah ke mahal mini van ni punya kos, minta kurang lansung tak bagi...tapi daripada berjalan baik kami naik kan..dia siap ada pemplate untuk nak ke tempat2 yang menarik dekat patong phuket ni..



so kami bagitau dengan pakcik ni yang kami nak cari tempat makan for our breakfast, so dia bagitahu dia orang muslim dan dia pun bawak lah kami kat satu tempat makan ni, Alhamdulillah walaupun masa order makanan tu ala2 (bahasa ayam vs itik) tapi the food was great but not so delicious macam dekat ao nang la kan..makanan dan masakan kat ao nang lagi sangat3 sedap bagi saya lah tak tahu dengan yang lain..tapi still kenyang...anak2 pun kenyang..so mood masing2 terjaga..hehe






selepas selesai makan, kami minta tolong pakcik ni bawak kami ke destinasi pertama, dsebabkan tak tahu nak kemana, semua pun senyap ja so pakcik ni bawak kami ke snake farm..prot pret prot pret mini van ni bawak kami, kesian tengok macam tak larat dah..hahaha mana taknya 2 family inside, bila dah sampai kat snake farm tu macam sendu ja tempat dia...sedih sikit, dan orang pun lansung tak ada, pelawat maksudnya...so kami pun jenguk-jenguk ja sebab dah sampai kan...tapi never nak beli ticket masuk...sian akak counter tu pot pet pot pet bahasa ayam, yang itiknya semua buat2 tak tahu ja...hahaha
then perlahan-lahan kami tolak dan minta tolong pakcik ni bawak kami ke satu lagi tempat yang menarik...destinasi kedua kami ialah Tiger Kingdom...uiiii teruja kak jah oi..sebab nak bergamba dengan harimau, bukan setakat saya je teruja bukan main, anak bujang sorg ni pun suka bukan main..










rate untuk tiger kingdom ni ada banyak jugak lah, sebab saiz setiap harimau yang ada adalah berbeza..from largest...medium...small dan smallest, so rate dia lebih kurang sama ja 800 baht untuk satu sesi, tapi kita boleh pilih nak masuk cage untuk harimau besar ke ataupun anak harimau..so kami bayar untuk masuk 2 cage for us and for our kids + hire a photographer ( + 500 baht lagi) dan gambar2 kat bawah ni hasil dari gamba cameraman kita (^___^)v










besar ok harimau dia, dalam seronok tu pun ada jugak rasa gerun dia tau...haaaa...syokkan! only in phuket thailand...haha
lepas dah puas bergambar dengan harimau...kami pun meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya...melawat kilang pembuatan gajus..








dan tempat seterusnya di view point in phuket Thailand..









lepas dah selesai...kami gerak lagi ke tempat terakhir kami, di shopping mall yang berdekatan dengan hotel kami..







di leveh bawah shopping mall ni ada satu tempat makan muslim, kami dapat tahu pun masa kat malaysia lagi hasil galian blog blogger terdahulu yang dah sampai dekat shopping mall ni..makanan dia pun alhamdulillah sedap ja, yang bestnya tu, siap dapat pulut mangga lagi okk!! mok la balik camni..




i buy this sticky rice with mango ni dengan harga 80 baht = Rm8!!
mahal okkkk beli pulut mangga dalam shopping mall...baik beli kat gerai2 tepi jalan lagi murah...40 baht jer...sendu!!




Muhammad Thaqif Uwais pun dah kepenatan, tido tak bangun-bangun...so tak apa sebab kami tapau makanan dia later makan dalam bilik hotel ja..lepas dah kenyang masing2, kami pun berjalan kaki raound2 patong ni sambil2 tengok benda2 yang menarik..


SA WAD DEE KA!









dekat phuket ni kalau cakap pasal makan seafood ja mesti ada australian lobster ni memang sangat banyak ok..american lobster lansung tak ada...apa yang membezakan australian lobster dan american lobster ialah penyepit dia, kalau american ada penyepit besar and australian lobster lansung tak ada penyepit, tapi ada sesungut yang panjang..itu ja..




Singgah family mart jap..ambik air panas just for free dan beli mineral water dia..mineral dia rasa lemak2 susu tau, tak tahulah napa..tapis air laut apa..haha
Muhammad thaqif uwais ni keletihan sebenarnya tu yang senyap ja tu...stroller dia ni dah merata2 tempat dah sampai, alhamdulillah senang la pakai stroller ni, bila fold pon dia jadi kecik ja (^___^)





and thats all for now for day 3...bersambung nanti day 4 pulak (^___^)

No comments:

Post a Comment