Followers

Monday 27 August 2012

Salam Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t...
rasanya tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon ampun dan maaf zahir batin dari saya serta keluarga, kepada yang mengenali kami, jgn lupa dtg rumah ya~ (^___^)v..


Monday 13 August 2012

Baking Time! (^___^)v

Assalamualaikum w.b.t..
Bulan-bulan puasa ni teringin pulak la nak makan kek, tapi kek buatan sendiri, sebab lagi sedap, resepi turun temurun..jehehe sooo ape lagi pagi2 terus pergi beli barang2 untuk nak buat kek..


So inilah dia, barang2 keperluan, mixer tu kena ade dua (senang keje) sebab satu untuk buat whipe cream, satu lagi untuk buat adunan kek, barang2 lain seperti, ising sugar, tepung, butter, telor, creamwell untuk buat whipe cream, pewarna, vanilla essence dan susu cair.. + penimbang, penapis dan bekas/acuan.








ok for first buat whipe cream dulu..



masukkan creamwell dalam mixer, pastu biar dia pusing sampai creamwell tu kembang, bila dah kembang masukkan butter sikit demi sedikit sampai dia betul2 cair dan sebati, lepas tu masukkan ising sugar dan mix (high speed) sampai betul2 sebati dan kembang, sambil2 buat whipe cream, mixer yang satu lagi tu kita buat adunan untuk kek, first sekali masukkan putih telor yang disaingkan dari kuning telur 10 biji, mix sampai kembang, lepas dah kembang asingkan dalam satu bekas, then masukkan pulak adunan untuk kek...




untuk adunan kek ni, masukkan butter dulu dalam mixer, adun sampai sebati, lepas butter dah sebati, ambik tepung dan ising sugar (ditapis sampai halus) lepas tu masukkan sikit demi sedikit dalam mangkuk mixer yang ada butter tadi...lepas semua dah sebati masukkan pulak vanilla essence tadi satu tutup, lepas tu masukkan 9 sudu susu cair...and step yang seterusnya, sambil tunggu adunan tadi, sediakan acuan atau bekas untuk letak adunan tadi dan sediakan jugak pewarna sebab kalini nak buat kek kaler2 bia selera sikit nak makan...hehehe




Acuan tadi tu kita sapukan dengan butter, sikit je, guna tangan pun xpe yg penting jaga kebersihan yer...
lepas dah letak butter, sediakan bekas untuk letak adunan dan pewarna..lepas tu kacau3 sampai sebati setiap pewarna yang kita letak tadi...lepas dah settle mewarnakan adunan tadi, kita tuang la adunan tu dalam semua acuan kecik2 yang saya letak butter tadi...



lepas dah settle semua, last sekali masukkan la dalam over, bakar atas bawah, suhu dalam 180 hingga 200, bakar selama 45 minit..dan hasilnya~ beli gamba ana muslim dan angry bird, then buat sikit decoration dekat atas dia, yang paling tinggi tu kitorg punya, yang lain2 tu untuk anak2 buah + mak pak dia skali..hehe





so sekian (^___^)v...

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t..
Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kita ni, rasa makin besar makin berumur ni makin pulak la rasa cepatnya masa berlalu, ingat lagi masa dulu di bulan puasa, asyik tengok jam je kejenye sbb xlarat dah nak tunggu masuknya waktu berbuka, bila dah berkeluarga ni, xdan pulak nak rasa lapa, rasa macam masa yang diberi tu xcukup aje... tambahan pulak aktiviti bulan2 puasa ni, disamping beramal, buat juga aktiviti sampingan, luangkan masa untuk anak isteri, pergi beli barang2 keperluan dan persiapan untuk sambut raya yang bakal tiba ni, tak lupa jugak sebok dok tukar duit untuk nak bagi dekat sanak saudara, anak2 buah dan budak2 yang datang beraya nanti, tapi, saya nak tanya ni, tahu ke semua gambar siapa yang selalu kita tengok dekat setiap matawang malaysia kita ni? dan jangan terkejut jugak kalau saya katakan ada jugak diantara kita2 ni yang compom xtau siapa orangnya kan? baik, harini saya nak cerita dan juga share dengan semua siapa orangnya.. saya ambik contoh duit sepuloh ringgit ni.



inilah orangnya yang selalu kita tengok gambar dia masa kita pegang duit kita..
Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 
Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Ayahanda Mertua kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Gambar diatas merupakan potret Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Al-Marhumah Tuanku Hajah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tuanku Kurshiah.

Saturday 11 August 2012

Pemerintahan Monarki Paling Lama Di Dunia

Assalamualaikum w.b.t...
post saya kalini menceritakan tentang 11 orang pemerintah monarki paling lama memerintah didunia dan saya sertakan juga beberapa informasi pendek berkenaan latar belakang setiap 11 pemerintah...

(1) THAILAND


HRM King Bhumipol Adulyadej "Rama IX" 
Menaiki takhta : 9 Jun 1946
Pertabalan : 5 Mei 1950
Tempoh pemerintahan : 66 tahun (2012)
Permaisuri : HRM Queen Sirikit of Thailand



HRM Queen Sirikit
Baginda menjadi Permaisuri Thailand apabila mengahwini HRM King Bhumipol pada 28 April 1950 iaitu kira kira seminggu sebelum pertabalan suaminya. Baginda berada di atas takhta kerajaaan Siam selama 62 tahun pada tahun 2012.

PEWARIS

HRH Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn & HRH Princess Srirasmi of Thailand


(2) UNITED KINGDOM


HM Queen Elizabeth II
Menaiki takhta : 6 Februari 1952
Pertabalan : 2 June 1953
Tempoh pemerintahan : 60 tahun (2012)
Pasangan : HRH Prince Phillip, Duke of Edinburgh



HM Queen bersama suaminya, Prince Phillip

PEWARIS

HRH Prince Charles, Prince of Wales & HRH Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall


(3) KEDAH DARUL AMAN


KDYMM Al Sultan Almu' Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Menaiki takhta : 15 Julai 1958
Pertabalan : 20 Februari 1959
Tempoh pemerintahan : 54 tahun (2012)
Permaisuri : KDYMM Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman 
(mangkat 2003)

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia


KDYMM Sultanah Hajah Haminah bt Haji Hamidun
Berkahwin dengan KDYMM Sultan Abdul Halim pada 1975 dan menjadi Sultanah Kedah selepas kemangkatan Sultanah Bahiyah

(4) BRUNEI DARUSSALAM


KDYMM Paduka Seri Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien
Menaiki Takhta : 4 Oktober 1967
Pertabalan : 1 Ogos 1968 
Tempoh pemerintahan : 45 tahun (2012)
Permaisuri : KDYMM Paduka Seri Raja Isteri Anak Hajah Saleha bt Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
Bekas permaisuri : Pengiran Isteri Mariam Abdul Aziz & Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar


Bekas permaisuri : Pengiran Isteri Mariam Abdul Aziz


Permaisuri : KDYMM Paduka Seri Raja Isteri Anak Hajah Saleha bt Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam


Bekas permaisuri : Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

PEWARIS

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah ibni KDYMM Paduka Seri Sultan Haji Hassanal Bolkiah & DYTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bt Pengiran Salleh Abdul Rahman


(5) OMAN


HM Sultan Qaboos bin Said al Said
Menaiki takhta : 23 Julai 1970
Pertabalan : Baginda secara automatik menjadi pemerintah Oman selepas berjaya menumbangkan pemerintahan ayahandanya dalam satu rampasan kuasa pada tahun 1970.
Tempoh pemerintahan : 42 tahun (2012)
Permaisuri : -tiada permaisuri kerana Sultan Qaboos telah bercerai-
Pewaris : baginda tidak mengumumkannya

(6) DENMARK


HM Queen Margrethe II of Denmark
Menaiki takhta : 14 Januari 1972
Pertabalan : -
Tempoh Pemerintahan : 40 tahun (2012)
Pasangan : HRH Prince Henrik, Prince Consort of Denmark 



HM Queen Margrethe II bersama HRH Prince Henrik ketika menghadiri majlis perkahwinan Puteri Mahkota Sweden

PEWARIS

HRH Prince Frederik, Crown Prince of Denmark, Count of Monpezat & HRH Princess Mary, Crown Princess of Denmark, Countess of Monpezat


(7) SWEDEN


HM Carl XVI Gustaf, King of Sweden
Mnaiki takhta : 15 September 1973
Pertabalan : 19 September 1973
Tempoh pemerintahan : 39 tahun (2012)
Permaisuri : HM The Queen Silvia, Queen of Sweden


HM Queen Silvia

PEWARIS

HRH Princess Victoria, Crown Princess of Sweden & HRH Prince Danial, Duke of Vastergotland


(8) SEPANYOL


HM King Juan Carlos
Menaiki takhta : 22 November 1975
Pertabalan : 27 November 1975
Tempoh pemerintahan : 37 tahun (2012)
Permaisuri : HM Queen Sofia of Spain


HM Queen Sofia

PEWARIS

HRH Prince of Asturias, Prince Felipe & HRH Princess of Asturias, Princess Letizia


HRH Prince Felipe dan HRH Princess Letizia ketika menghadiri perkahwinan Puteri Mahkota Sweden

(9) NETHERLAND


HM Queen Beatrix of Netherlands
Menaiki takhta : 30 April 1980
Pertabalan : -
Tempoh pemerintahan : 32 tahun (2012)
Pasangan : HRH Prince Consort of Netherlands, Prince Claus


HRH Prince Claus
Beliau meninggal dunia pada 6 Oktober 2002 akibat parkinson

PEWARIS

HRH The Prince of Orange, Prince Willem Alexander & HRH Princess Maxima


(10) SWAZILAND


HM The Ngwenyama (King) Mswati III of Swaziland
Menaiki takhta : 25 April 1986
Pertabalan : 25 April 1986
Tempoh Pemerintahan : 26 tahun (2012)
Permaisuri : baginda mempunyai 14 orang isteri


Bersama salah seorang permaisurinya ketika menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Jubli Emas pemerintahan Raja Thailand

(11) JEPUN



HIM Emperor Akihito of Japan
Menaiki takhta : 7 Januari 1989
Pertabalan : 12 November 1990
Tempoh pemerintahan : 23 tahun (2012)
Permaisuri : HIM Empress Michiko of Japan



HIM Empress of Japan

PEWARIS

HIH Prince Naruhito, The Crown Prince of Japan & HIH Crown Princess Masako of Japan