Followers

Tuesday 30 October 2012

Raya Qurban di taiping

Assalamualaikum w.b.t...
rasanya tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari raya haji, semoga kita sentiasa bekorban dalam situasi apa pun hanya dengan satu niat..kerana Allah. kalini beraya dekat tepeng (kampung halaman wife)..
first raya tu tak banyak benda buat just pergi tengok ayah sembelih lembu je, tunjuk dekat syamil cara2 orang sembelih lembu, tp kan bila syamil dah besa ni kena bagi info yg tepat jugak supaya dia betul2 faham kenapa dan apa sebab2nya.. masa tengok orang sembelih lembu tu syamil ada tanya.."ayah, kenapa lembu tu kena potong? dia tak ja hat kan? dia syakit tak?" saya betul2 cakap dekat tepi telinga dia.. lembu ni kena sembelih dulu, kena potong dulu sebelum masak, sebelum makan, kan syamil suka makan daging kan, so kena lah bersihkan dulu biar darah dia keluar, biar taik dia keluar jadi kotor2 tu tak kena dekat daging, lepas bersih barulah kita masak...tp tak tahulah jawapan tu tepat atau tidak, minta2 syamil faham la apa yang ayah nak sampaikan..





jadi tak banyak sangat aktiviti dekat kampung, ayah dengan mak perak sebuk dekat surau, ayah dengan orang2 lelaki sembelih lembu, orang2 perempuan tunggu dekat surau termasuk mak, kerjanye melapah daging dan memasak..nak tolong tengok orang kampung punyalah ramai..hehe lgpun kalau tolongpn takut kejung orang2 kampung tengok saya lapah lembu..hehehee so jd peminat2 yang memerhati je lah..
satu aktiviti tambahan dan pada hari last kat taiping is pergi ke Zoo taiping bawak syamil jalan2 tengok animals..suka btol dia..






dengan dua orang cousin dia...aisy damia dan adelia





dan2 pakai baju australia dan2 tu jugak jumpa kawan lama dia dekat zoo tepeng ok! haha

so thats all for now...till then :)

No comments:

Post a Comment