Followers

Friday 23 March 2012

Personal Bodyguard and Make-up Artist for my lovely Mak & Abah (^___^)

Assalamualaikum w.b.t..
Pada tahun lepas, sy berpeluang mengunjungi istana Alam Shah yang terletak di bandar Klang, Selangor..
today post, saya nak berkongsi dengan semua, cerita2 dan gambar2 untuk Jemputan Majlis Makan Malam Diraja ni..first thing bila dapat invitation tu trus pegi cari baju "Lagi" (thats mean shopping lagi!) yang sesuai untuk Mak mucuk (^___^) hahaha...Abah montel dah ada baju, tinggal nak buat tanjak je dr kain songket yang baru dibeli..then hantar kat tailor, dalam beberapa hari siap..my make-up case is all set then we heading to Istana Alam Shah..

Sedikit sejarah berkenaan Istana Alam Shah


Istana Alam Shah merupakan istana rasmi Sultan Selangor. Ia merupakan tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yang melibatkan di Raja Selangor dilangsungkan. Istana ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor. Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan.Istana ini mempunyai 15 buah bilik dan ia direka dengan menggunakan kayu dan batu marmar.Pada awal tahun 2000, istana ini dinaik taraf sewaktu pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.






Sampai je dekat klang, kami duduk dekat hotel yang berhampiran, letak barang, tinggalkan mak abah, then trus grak ke Istana dengan pak supir yang dihitamkan matanya itew~ hahaha jgn marah ha bang koko.. then riki2 mana tempat nak drop mak abah nanti..

jom tengok gamba2 yang saya sempat snap menggunakan Samsung galaxy tab (lagi!! Eos dilupakan)

boleh dikatakan campervan kot, Siti Payong 


Laluan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
laluan ini sering dilalui oleh Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj semasa Baginda berangkat untuk menunaikan sembahyang di Masjid Sultan Suleiman atau untuk menziarahi Makam Paduka Ayahanda Baginda dan Kerabat-Kerabat Diraja yang lain sekitar tahun 1950an





sempat jugak melawat Royal Gallery Auto Mobile yang menempatkan koleksi2 serta kenderaan2 rasmi peribadi milik Keluarga Diraja Selangor

time ni belum mula diet lg ni, tu yg nampak leba tu...hahahaha




5 gambar dibawah, sumber : Mr Google






habis je riki2 sambil cuci2 mata dekat kawasan Istana Alam Shah ni, then trus balik, menjelang magrib, solat dulu, siapkan abah dengan baju dan sampingnya, bila settle abah, touch up mak, betul2 kan tudung dan pin2 segala, pastu trus gerak ke Istana, sampai je dekat pintu gerbang, kelihatan polis2 diraja dah bersiap di kiri dan kanan jalan, boleh jugak nampak pembesar pembesar negara dan kerabat2 jemputan..lepas mak abah turun, then terus balik ke hotel balik, ingat nak snap 2 3 gamba, tapi memandangkan belakang kereta kitorang pun dah Q 3 4 biji kereta lain, so xsempat la...and thats all for now...till then insyaAllah..

No comments:

Post a Comment