Followers

Saturday 14 January 2012

Kemangkatan dua orang puteri kesayangan rakyat jelata pada tahun ini 2012

Assalamualaikum w.b.t...
Pada 12 Januari 2012 rakyat negeri Pahang telah dikejutkan dengan kemangkatan kekanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ( kemangkatan YAM Tengku Sri Nila Utama Tengku Ampuan Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar)




YAM Tengku Sri duduk di kerusi paling kanan, sementara KDYMM Sultan Hj. Ahmad Shah di kerusi sebelah kiri disamping ayahanda, Almarhum Sultan Abu Bakar (berdiri, kiri) dan bonda, Almarhumah Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah

YMM Almarhum Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah.
Bonda Tercinta YAM Tengku Sri Nila Utama dan KDYMM Sultan Pahang.

Dan pada 13 Januari 2012 selang sehari selepas kemangkatan kekanda DYMM sultan pahang. Rakyat negeri Johor telah dikabarkan dengan berita kemangkatan puteri bongsu Almarhum Sultan ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah iaitu Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi,D.K.,P.I.S.



D.Y.M.M. Almarhumah Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad (Bonda)

YAM Tunku Tun Maimunah (atas Bondanya Sultanah Aminah - disebelah kanan) bersama Almarhum Sultan ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah

Setinggi-tinggi takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang di atas kemangkatan
YAM Tengku Sri Nila Utama Tengku Ampuan Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar.
1976 - 12 Jan 2012

Dan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan
YAM Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail.
1939 - 13 Jan 2012.

Semoga roh mereka sentiasa dicucuri Rahmat dan sentiasa didalam jagaanNya...aminn



No comments:

Post a Comment